fbpx

KSM tubuh jawatankuasa bangunkan data komprehensif pekerja Malaysia di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menubuhkan satu Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas bagi membangunkan pangkalan data yang komprehensif mengenai pekerja Malaysia di Singapura.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penubuhan jawatankuasa itu bertujuan mengumpulkan data tepat mengenai statistik pemberhentian kerja rakyat Malaysia di Singapura.

Beliau berkata, penularan wabak Covid-19 dan peningkatan kes di Singapura menyebabkan ramai pekerja Malaysia di negara itu mulai terjejas.

“Ada sebilangan majikan di Singapura memberi notis penutupan sementara syarikat antara tempoh dua minggu dan sebulan bermula Februari lalu.

“Kerajaan memandang serius perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa itu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, objektif penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mengenal pasti strategi dan pelan tindakan dalam usaha membantu pekerja yang terkesan.

Saravanan berkata, mesyuarat jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KSM dan mesyuarat pertama dijangka diadakan pada 30 Oktober ini.

Menurutnya, antara kementerian dan agensi yang akan menganggotai jawatankuasa itu termasuk
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Agensi lain termasuk Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kerajaan Negeri Johor, Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Dianggarkan, seramai 400,000 orang rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan 100,000 daripadanya berulang-alik antara Johor Bahru, Johor ke negara itu.

Sementara itu, 300,000 orang lagi menetap di Singapura. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI