fbpx

Polis tidak akan berkompromi dengan individu ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Penegasan itu dibuat Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ekoran isu tular berkenaan ketidakpuasan hati seorang lelaki yang telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan betul pada Jumaat lalu di sebuah premis di sini.

Bagaimanapun, Rajab Ahad berkata, individu tersebut mempunyai hak dan boleh membuat rayuan di mahkamah mengikut saluran yang ditetapkan untuk proses semakan semula kompaun tersebut.

“Peraturan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan sesak telah dikuatkuasakan sejak 1 Ogos yang lalu dan kawasan yang diwajibkan adalah seperti tempat beribadah, hospital, klinik dan kedai runcit.

“Polis Wangsa Maju juga ingin menyeru orang ramai untuk terus mematuhi pelaksanaan arahan PKPB dan juga SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Rajab Ahad, polis memandang serius dan akan terus komited dalam menjalankan penugasan pemantauan keselamatan serta pematuhan PKPB di kawasan pentadbiran Wangsa Maju.

Justeru, kepada mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI