fbpx

Konsep ‘jahat’ Refund Sisters menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REFUND SISTERS

BIARPUN baru memulakan debut sebagai sebuah kumpulan pada 10 Oktober lalu, Refund Sisters menerima respons positif daripada peminat muzik K-pop.

Biarpun sibuk dan tertekan dengan persembahan tanpa henti yang menjadi rutin promosi, namun kerja keras mereka membuahkan hasil.

Refund Sisters menampilkan gandingan empat penyanyi wanita popular yang sudah lama bertapak dalam industri. Mereka ialah Jessi, Lee Hyori, Hwa Sa dan Uhm Jung-hwa.

Kumpulan projek yang ditubuhkan menerusi program Hangout With Yoo itu menampilkan konsep bad girl dalam diri mereka.

Tidak dapat menahan sebak ketika menonton persembahan debut mereka dalam program Hangout With Yoo, Jung-hwa menitiskan air mata tatkala mengenang kejayaan yang diraih ketika ini.

“Sekarang saya sudah percaya diri dan sangat gembira kerana mampu melakukan cabaran ini,” tuturnya sebak sambil diakui oleh tiga ahli lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI