fbpx

SK Seri Sentosa dibuka semula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal dekat sini yang sebelum ini diarahkan ditutup selama seminggu bermula 20 Oktober lalu ekoran terdapat kes Covid-19 akan dibuka semula esok.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Nibong Tebal dekat sini yang sebelum ini diarahkan ditutup selama seminggu ekoran terdapat kes Covid-19 akan dibuka semula esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, sesi persekolahan di sekolah berkenaan boleh diikuti seperti biasa.

“Sekolah akan dibuka semula esok. Hanya seorang murid yang dikesan positif Covid-19 di sekolah berkenaan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, SK Seri Sentosa ditutup seminggu bermula 20 Oktober lalu selepas kes Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI