fbpx
Gambar hiasan

Polis siasat pemilik Facebook hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Ho Ruey Terng berhubung tindakannya memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita telah buka kertas siasatan terhadap individu yang memuat naik hantaran menghina Agong dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu hantar Facebook yang dimuat naik Ho Ruey Terng yang berbaur hasutan dan menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam hantaran itu, individu berkenaan turut memaki hamun Tuanku dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Kosmo! mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya. – K! ONLINE