fbpx
KEHADIRAN bintang baharu, Edinson Cavani masih belum mampu membantu ketajaman jentera serangan United selepas seri 0-0 denganChelsea di Old Trafford awal pagi semalam.

Jentera serangan United agak tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kegagalan Manchester United menewaskan Chelsea apabila sekadar seri tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam menyaksikan mereka kini merekodkan lima perlawanan tanpa kemenangan di Old Trafford sejak Februari 1990.

The Red Devils harus me­nyalahkan diri sendiri terutama ketumpulan jentera serangan pasukan itu merobek gawang Chelsea selepas meraih 14 percubaan ke arah gawang gol.

Penjaga gol United, David De Gea menegaskan, mereka berhak meraih keputusan yang le­bih baik berbanding seri selepas banyak percubaan berbahaya daripada Marcus Rashford dan Bruno Fernandes, namun di­selamatkan oleh bintang Chelsea, Edouard Mendy.

“Kami mencipta banyak peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan tetapi penjaga gol Chelsea (Mendy) bermain dengan baik. Namun, saya tetap merasakan kami lebih berhak untuk dinobatkan sebagai pemenang perlawanan ini.

“Apa yang bagusnya ialah kami berjaya memastikan gawang tidak bolos buat kali pertama musim ini lebih-lebih lagi ia dilakukan di laman sendiri ke atas pasukan berstatus besar seperti Chelsea,” katanya.

Sementara itu, pengurus Uni­ted, Ole Gunnar Solskjaer enggan menyalahkan para pemainnya kerana gagal memastikan mereka meraih tiga mata disebabkan ketangkasan Mendy yang dianggapnya sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

“Chelsea akan tewas kalau dia (Mendy) tidak berjaya menyelamatkan dua peluang ke­emasan kami. Saya tidak malu untuk memujinya kerana hanya penjaga gol bertaraf dunia yang mampu menyelamatkan dua si­tuasi itu,” jelasnya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN