fbpx

Galacticos melonjak ke takhta La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC meraikan jaringan ketiga Real ketika menewaskan Barcelona 3-1 pada aksi El Clasico di Stadium Camp Nou kelmarin.

BARCELONA – Real Madrid me­lonjak ke takhta La Liga selepas membenam Barcelona 3-1 pada aksi El Clasico di Stadium Camp Nou kelmarin sekali gus memberi kelegaan besar buat pengendali­nya, Zinedine Zidane.

Terdahulu, Zidane berada dalam tekanan selepas kelab gergasi Sepanyol itu tewas dua kali berturut-turut kepada Cadiz pada aksi La Liga dan Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Zidane menegaskan, beliau langsung tidak berminat untuk membuktikan apa-apa kepada pengkritiknya selepas menca­tatkan kemenangan itu sebalik­nya memuji anak-anak buahnya yang berjaya membenam musuh tradisi mereka.

Pada aksi itu, Real tampil garang apabila meraih gol awal menerusi Federico Valverde pada minit kelima sebelum bintang muda Barcelona, Ansu Fati berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Bagaimanapun, Real bernasib baik apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten The Galacticos, Sergio Ramos pada minit ke-63 sebelum Luka Modric memastikan gol kemenangan pada minit ke-90.

“Menutup mulut pengkritik bukan tujuan kami ke Camp Nou. Kami melaksanakan tugas di atas padang, percaya dengan apa yang kami buat, berganding bersama apabila perlu dan itu kami lakukan. Kami lakukan bersama sebagai satu pasukan. Saya ­bangga dengan mereka.

“Apabila berdepan serangan, kami berjaya bertahan sebagai satu blok yang kompak. Bertembung lawan seperti Barcelona yang bermain secara terbuka, kami dapati ada dua atau tiga kali ruang untuk menghukum mereka. Ia mengenai usaha untuk bermain bagus sebagai satu pasukan,” jelas Zidane.

Prestasi Real yang secara ke­seluruhannya meraih empat kemenangan daripada enam perlawanan La Liga musim ini sangat memuaskan Zidane.

Real akan berkunjung ke Borussia Monchengladbach pada aksi Liga Juara-Juara Selasa depan sebelum melayani kunjungan Huesca empat hari kemudian dalam saingan La Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI