fbpx

The House Ezurin Khyra dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZURIN KHYRA

SEJAK beberapa tahun lalu, program realiti televisyen The House telah memaparkan kehidupan beberapa selebriti terkenal Malaysia. Rozita Che Wan, Emma Maembong dan Fattah Amin antara wajah yang pernah menghiasi program tersebut.

Terbaharu, The House menampilkan individu yang luar daripada industri hiburan tanah air. Bukan penyanyi, pelakon mahupun penerbit drama tetapi seorang socialite. Terpinga-pinga juga Diva meneka siapakah gerangan socialite. Rupanya-rupanya dia seorang bekas model yang pernah terkenal suatu ketika dahulu iaitu Ezurin Khyra.

Difahamkan, anak-anaknya juga turut terlibat dalam rancangan tersebut. Namun sangkaan Diva dan netizen di luar sana meleset kerana The House memaparkan cabaran mereka hidup di sebuah kampung.

EZURIN bersama keluarganya.

Memang naik anginlah netizen bila menonton cerita sebegitu. Ada yang berpendapat kandungan seperti itu seperti memperlekehkan kehidupan masyarakat di kampung terutama yang tinggal di rumah kayu, tiada Wi-Fi dan elektrik. Mudah kata, si miskin dijadikan bahan gurauan si kaya.

Ada yang marah dan menganggap kandungan sebegitu tidak sesuai dipaparkan saat rakyat bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

DIVA: Apa lagi agaknya kecaman untuk konsert Gegar Vaganza malam ini? Penonton suka, takkan Astro nak tunda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI