fbpx

Sejarah terukir di bumi Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YVES VANDERHAEGHE

BINTANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mencipta sejarah baharu arena bola sepak tanah air apabila muncul pemain pertama Malaysia beraksi dalam saingan liga divisyen utama Eropah selepas membuat debut pada Liga Pro Belgium awal pagi semalam.

Penyerang berusia 18 tahun itu beraksi selama 21 minit bersama KV Kortrijk selepas masuk menggantikan pemain sayap kiri, Petar Golubovic pada minit ke-74 meskipun pasukannya tewas 1-3 kepada gergasi Belgium, RSC Anderlecht di Stadium Guldensporen.

Walaupun tidak banyak memainkan peranan tetapi anak muda dari Kota Bharu, Kelantan itu tetap berjaya menghasilkan impak tersendiri apabila gerakannya membolehkan Kortrijk meraih sepakan penalti yang di­sempurnakan Ilombe MBoyo pada minit ke-87.

Berdasarkan statistik, Luqman yang memakai jersi nombor sembilan, berjaya melakukan 78 peratus hantaran tepat dan dua kali memintas hantaran pasukan lawan yang dikendalikan legenda Belgium dan Manchester City, Vincent Kompany.

Pengurus Kortrijk, Yves Vanderhaeghe mendedahkan, beliau tidak dapat menurunkan Luqman dalam kesebelasan utama kerana produk Akademi Mokhtar Dahari itu belum bersedia untuk bermain 90 minit penuh permainan.

“Dia sedang menunjukkan perkembangan yang bagus. Dia juga telah meledak gol kemena­ngan bersama pasukan simpanan (skuad bawah 21 tahun) Kortrijk ketika menentang Beerschot baru-baru ini.

“Walaupun dia menamatkan perlawanan itu dengan baik tetapi dia tidak bersedia lagi untuk bermain 90 minit. Namun, kami memerlukan (Luqman) untuk melakukan serangan balas,” katanya yang dipetik daripada laporan portal Belgium, Het Laatste Nieuws.

Berdasarkan persembahan itu dan prestasi dalam sesi latihan selepas ini, tidak mustahil Luqman akan diberi peluang membuat penampilan kedua bersama Kortrijk dalam aksi Liga Pro Belgium bertemu SV Zulte-Waregem di Regenboogstadion pada 31 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI