fbpx

MAHB perjelas tuntutan caj tertunggak terhadap AirAsia X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menjelaskan tuntutannya terhadap AirAsia X yang bernilai RM78 juta tidak akan menjejaskan skim penyusunan semula hutang AirAsia X.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya meneruskan hak undang-undang untuk mendapatkan kembali hutang daripada AirAsia X kerana ia sangat penting untuk memulihara dan menyelenggara lapangan terbang.

“Caj tertunggak aeronautik itu terdiri daripada caj yang dikawal selia kerajaan termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat dan pendaratan, caj kaunter daftar masuk dan caj bayaran lewat.

“Wang ini akan disalurkan kembali ke dalam perniagaan bagi mengekalkan operasi lapangan terbang serta memastikan tahap layanan/perkhidmatan terus disampaikan kepada penumpang,” katanya di sini hari ini.

MAHB berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan sebuah media tempatan bertarikh 24 Oktober, bertajuk “MAHB checkmates AirAsiaX.”

Jelasnya, caj tertunggak aeronautik itu terdiri daripada caj yang dikawal selia kerajaan termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj aerobridge, caj parkir pesawat dan pendaratan, caj kaunter daftar masuk dan caj bayaran lewat.

“Wang ini akan disalurkan kembali ke dalam perniagaan bagi mengekalkan operasi lapangan terbang serta memastikan tahap layanan/perkhidmatan terus disampaikan kepada penumpang.

“Tambahan pula, hutang yang terhutang kepada kami adalah kurang daripada 0.01 peratus daripada jumlah hutang yang terhutang dalam skim ini,” ujarnya.

Pengendali lapangan terbang itu turut maklum AirAsia X sudah memfailkan permohonan untuk cadangan skim penyusunan semula hutang dengan pemiutang tanpa cagarannya menurut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016.

Terdahulu, media melaporkan MAHB mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal dikutip syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI