fbpx

Citizens tersentak di Stadium London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (kiri) berjaya menyelamatkan maruah City dengan menjaringkan gol penyamaan untuk seri 1-1 dengan West Ham di Stadium London malam tadi. - AFP

MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang West Ham United di Stadium London malam tadi.

Pada aksi itu, City membariskan kesebelasan utama terbaik termasuk penyerang sensasi, Sergio Aguero untuk digandingkan dengan kapten pasukan, Raheem Sterling.

Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan The Citizens apabila penyerang The Hammers, Michael Antonio menjaringkan gol cantik pada minit ke-18 untuk meletakkan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan itu, skuad kendalian Pep Guardiola kembali memperkemaskan jentera serangan tetapi gagal memecah benteng ampuh pasukan West Ham selain kecekapan penjaga gol utama, Lukasz Fabianski.

Bersambung babak kedua, Guardiola mengubah strategi apabila menukar Aguero dengan Phil Foden dan ia membuahkan hasil apabila pemain muda England itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

City berusaha untuk menggandakan serangan sehingga meraih banyak peluang untuk meraih gol kedua selepas pasukan West Ham bermain secara bertahan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Harapan City untuk me­rampas kembali kejuaraan EPL daripada Liverpool dilihat sukar selepas keciciran mata dan kini terpaksa berpuas hati dengan lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI