fbpx

Aksi The Rossonerri amat luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEMERLANGAN prestasi Zlatan Ibrahimovic berjaya menyaksikan Milan berada pada prestasi terbaik ketika ini dengan memenangi semua perlawanan dalam semua kejohanan. - AFP

MILAN – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli mendedahkan, rahsia kecemerlangan prestasi skuad bimbingannya ketika ini disebabkan semangat dan usaha keras ditunjukkan semua pihak termasuk pemain, staf teknikal dan pengurusan pasukan.

The Rossonerri berjaya mencatat kemenangan dalam semua perlawanan mereka setakat ini termasuk kejayaan menewaskan Celtic 3-1 pada aksi Kumpulan H Liga Europa di Celtic Park pada Khamis lalu.

Milan juga dilihat berada pada tahap terbaik apabila berjaya menewaskan musuh tradiri, Inter 2-1 untuk mengungguli carta Serie A selepas meraih semua empat kemenangan.

“Rahsia? Kami semua bekerja untuk mencapai satu matlamat yang sama dengan semua pihak terlibat termasuk pemain, staf teknikal dan pengurusan kelab.

“Kunci kejayaan ketika ini disebabkan kerja keras, pengorbanan serta keinginan yang tinggi untuk meningkatkan diri dan berjaya.

“Saya sentiasa beritahu para pemain bahawa dunia bola sepak ini sangat kejam. Anda tidak akan pernah berpuas hati dengan prestasi sendiri, oleh sebab itu anda harus meningkatkan diri dalam setiap perlawanan,” kata Pioli.

Milan berpeluang melebarkan penguasaan sebagai pendahulu Serie A jika berjaya menewaskan satu lagi gergasi Itali, AS Roma di Stadium San Siro pada Selasa ini.

Ia bukan tugas mudah buat Milan kerana Roma juga dilihat seakan-akan sudah kembali ke tahap terbaik hasil kemenangan 2-1 ke atas jaguh Switzerland, Young Boys dalam saingan Liga Europa pada Khamis lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI