fbpx

823 kes positif, sembilan kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
823 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 823 kes termasuk daripada sembilan kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 26,565 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu membabitkan penularan tempatan dengan Sabah masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 533.

“Empat kluster baharu yang dikesan hari ini ialah Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul di Sabah.

“Selain itu, lima kluster lagi ialah Kluster Bayan di Pulau Pinang, Kluster Mentari di Selangor, Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Seladah di Johor dan Kluster Makekar di Terengganu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, lapan lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 229.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 579 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 17,134 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI