fbpx
MINO

Lukisan Mino dipamerkan di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN menyanyi, Song Mino sebenarnya berbakat besar sebagai seorang pelukis dan hasil kerjanya juga bukan calang-calang.

Penyataan tersebut terbukti apabila beberapa karya terpilih untuk dipamerkan di Galeri Saatchi di London, sekali gus menjadikan dirinya penyanyi pertama dari Korea Selatan yang berpeluang mempamerkan karya seni di situ.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi kumpulan Winner itu menerusi Instagramnya baru-baru ini dengan memuat naik gambar lukisan tersebut dengan kaspyen #KoreanEye #STARTNET #Saatchi.

Dia juga turut memuat naik beberapa video memaparkan lukisan tersebut sedang digantung oleh pekerja galeri yang bertugas.

Hasil lukisan Mino yang berasaskan cat akrilik mula dipamerkan di galeri berkenaan sejak 21 hingga 25 Oktober dan merupakan sebahagian daripada penyertaan pameran bertajuk
Korean Eye 2020: Creativity and Daydream.

Galeri Saatchi merupakan galeri seni kontemporari terkenal yang ditubuhkan pada 1985 di London.

“Dalam lukisan, saya menggabungkan unsur harmoni selain mengguna pakai warna yang mampu menterjemahkan perasaan.

“Saya mahu menggunakan cara berbeza untuk berkomunikasi dengan meluahkan segala perasaan yang dipendam dalam hati menerusi sebuah lukisan berbentuk sederhana,” katanya.

BERITA BERKAITAN