fbpx
BERTUBUH sasa dambaan Muhammad Asyraf kerana berasa dirinya ‘macho’.

Dahulu kurus, kini berbadan sasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Memiliki indeks jisim badan (BMI) yang tidak seimbang menjadi titik permulaan buat seorang usahawan untuk mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya dari segi pemakanan dan bersenam sejak dua tahun lalu.

Muhammad Asyraf Samad, 25, berkata, sebelum ini berat badannya hanya 49 kilogram (kg) berbanding ketika ini 67 kg selepas melakukan senaman selama satu jam setiap hari.

Katanya, amalan gaya hidup sihat bukan sahaja membuatkan dirinya kelihatan ‘macho’ malah berasa selesa dan bebas dari­pada masalah kesihatan.

“Saya mengimpikan badan sasa selepas melihat rakan-­rakan membina badan dan mula menceburkan diri dalam bidang ini sejak dua tahun lalu.

“Selain mengamalkan pemakanan sihat, saya turut mengambil makanan tambahan bagi membantu pertumbuhan otot,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Muhammad Asyraf memberitahu, sebelum ini berat badannya hanya 49 kilogram (kg) berbanding kini 67 kg selepas melakukan senaman selama satu jam setiap hari.

Dia memperuntukkan seba­nyak RM600 sebulan untuk membina badan termasuk membeli makanan tambahan.

Jelas anak kelahiran Melaka itu, dia turut membeli peralatan gim untuk memudahkan melakukan senaman di rumah.

“Bagi saya tidak perlu bersusah payah untuk ke gimnasium tetapi memadai dengan disiplin dalam melakukan latihan push-up setiap hari di rumah untuk membina otot,” jelas anak ketiga daripada empat beradik itu.

Susuk tubuh Muhammad Asyraf yang kecil sebelum dia mula mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam.

Menurut Asyraf, selain memberi semangat kepada diri sen­diri, usahanya mengamalkan gaya hidup sihat turut memberi galakan kepada orang lain.

Walaupun berminat dalam bidang membina badan, Asyraf mahu memberi tumpuan kepada perniagaan berkaitan produk kesihatan lelaki­ yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.

“Saya memasang impian untuk memiliki 3,000 cawa­ngan serta sebuah wisma sendiri dalam perniagaan ini sekali gus dapat membantu orang ramai untuk berjaya bersama perniagaan yang diusahakan,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN