fbpx

UPM serah 1,000 perisai muka kepada Hospital Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd Roslan (empat dari kanan), Dr. Arifin (empat dari kiri) bersama pegawai UPM dan wakil MPP bergambar dengan Chun Shong (di paparan skrin televisyen) kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,000 perisai muka yang dihasilkan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) diserahkan kepada Hospital Tawau untuk kegunaan petugas barisan hadapan bagi menangani wabak Covid-19.

Penyerahan perisai muka itu dilakukan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman kepada Penolong Pengarah Hospital Tawau, Dr. Pang Chun Shong.

Dr. Mohd Roslan berkata, program itu adalah inisiatif pelajar UPM untuk menyumbang kepada usaha meratakan keluk wabak dan menzahirkan sokongan kepada barisan hadapan memerangi pandemik Covid-19.

Katanya, penghasilan perisai muka itu dimulakan pada 17 Oktober lalu dan mendapat sokongan penuh daripada pengurusan universiti.

“Sepanjang lima hari, kira-kira 100 orang sukarelawan terlibat dengan tugasan ini.

“Setiap hari seramai 20 orang pelajar mengambil giliran bertugas menyiapkan perisai muka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya pada majlis penyerahan yang diadakan secara sidang video di UPM di sini kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI