fbpx

Penduduk jumpa rangka dipercayai milik manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGKA manusia yang ditemui penduduk.

BETONG- Penduduk kampung Rh Karin terkejut apabila menemui rangka tulang di dalam sebuah hutan di Bukit Rabung, Tabut, Skrang di sini semalam.

Menurut jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, rangka tulang itu dijumpai ketika penduduk kampung sedang memeriksa jerat mereka di kawasan hutan berkenaan.

“Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan dari pihak polis sekitar pukul 7 malam mengenai penemuan rangka tulang tersebut dan meminta agar anggota bomba membantu polis untuk mendapatkannya pada keesokan hari (hari ini).

“Antara barang-barang penemuan lain yang dijumpai di lokasi itu termasuklah baju, topi dan beg yang kemudiannya dikumpul dan dimasukkan ke dalam beg mayat.

“Barangan itu terus dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu laporan tadi.

Identiti sebenar jasad tersebut belum dapat disahkan sehingga selesainya laporan makmal.

Lokasi barangan itu juga terletak pada jarak 1.3 kilometer dari rumah panjang Karin dan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Ketua Balai Bomba Betong, Vincent Baling Yabi, dengan kekuatan empat anggota bomba lain, dan disertai empat anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), dan 25 orang penduduk kampung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI