fbpx

Haas mula risik Mick Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK menduduki carta teratas kedudukan saingan F2 menyebabkan Haas berminat untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

LONDON – Pasukan Formula Satu (F1) Haas bakal mengumumkan dua pelumba baharunya menjelang saingan Grand Prix (GP) Portugal pada hujung minggu ini.

Anak legenda F1, Michael Schumacher, Mick dikatakan dalam radar pasukan Amerika Syarikat tersebut bersama dua lagi pelumba berpengalaman iaitu Sergio Perez dan Nico Hulkenberg.

Mick kini tampil dengan aksi yang cukup memberangsangkan apabila menduduki carta teratas perlumbaan Formula 2 dengan engumpul 191 mata selepas meraih dua kemenangan dan lebih menarik perlumbaan tersebut kini hanya berbaki satu perlumbaan sebelum tamat.

Pelumba berusia 21 tahun itu sebelum ini dikaitkan untuk menyertai pasukan Alfa Romeo, namun sehingga kini masih belum dapat sebarang kenyataan daripada pasukan tersebut.

“Impian saya adalah ingin menyertai perlumbaan F1. Saya tidak tahu mengenai karier saya pada musim depan dan fokus saya ketika ini adalah ingin menamatkan saingan F2 sebagai juara,” kata Mick.

Dijangka sekurang-kurangnya seorang daripada tiga pelumba yang beraksi di perlumbaan F2 akan dinaikkan pangkat ke perlumbaan F1 tahun depan. Ketika ini, Alfa Romeo dan Haas hampir pasti berminat mendapatkan khidmat mereka.

Selain Mick, pelumba British, Callum Ilott dan Robert Shwartzman turut turut dikaitkan untuk ke perlumbaan F1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI