fbpx

Kesal tiada tindakan terhadap Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL NASIR

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Khairuddin Aman Razali, yang melanggar kuarantin wajib Covid-19 adalah amat dikesali.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ini membuktikan bahawa Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan dua darjat.

“Beberapa kes yang melibatkan rakyat biasa yang terkhilaf melanggar arahan kuarantin telah dijatuhkan hukuman denda dan penjara manakala Menteri Pas dibebaskan begitu sahaja.

“Sebagai contoh, baru-baru ini, seorang juruteknik swasta telah dipenjara 14 hari dan didenda sebanyak RM1,000 selepas gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan tidak adil ini bukan kali pertama dilakukan kerajaan PN, malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan yang akan berlaku selepas ini.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, kerajaan telah mensia-siakan tenaga dan usaha barisan hadapan serta rakyat dalam usaha memerangi wabak covid-19.

“Rakyat terpaksa akur dengan arahan yang sering bertukar serta mengelirukan hampir sepanjang masa kerana adanya ugutan dan hukuman terpilih.

“Ketika seluruh negara berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi, kehilangan pekerjaan, tiada tempat tinggal, PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa untuk kepentingan peribadi,” ujarnya.

Tambah Akmal, jika perkara ini berterusan akan terbentuklah pemerintah yang zalim kerana amalan hukum bukan berdasarkan undang-undang saksama tetapi mengikut selera kedudukan dan pangkat, layanan media terpilih dan pelbagai lagi, sedangkan nasib rakyat kebanyakkan tidak dihiraukan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI