fbpx
TELEFON pintar iPhone 12 Mini (kiri) didatangkan dengan spesifikasi yang hampir sama, cuma dibezakan dengan saiz skrin.

iPhone 12 Mini dan 12 dilengkapi cip A14 Bionic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI antara pengeluar telefon pintar yang terkemuka dan terbaik di dunia, Apple mempertaruhkan empat siri iPhone 12 di pasaran.

Empat siri peranti pintar tersebut adalah iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Bagi siri iPhone 12, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 6.1 inci daripada keluarga OLED dan disokong dengan resolusi Super Retina XDR.

Dengan berat 162 gram, peranti pintar ini dijana dengan cip A14 Bionic dan dilengkapi dengan sistem dwi kamera 12 megapixel.

Dwi kamera utama menggunakan sensor sudut lebar dan ultra bersudut lebar.

Peranti pintar ini juga didatangkan dengan pelindung seramik yang lebih tahan terhadap hentakan.

Sistem operasi telefon pintar ini adalah iOS 14 yang dilengkapi dengan ciri-ciri hebat dan direka khusus bagi melindungi privasi pengguna.

Selain itu, peranti ini juga kalis air dan debu dengan nilai IP68 yang mana ia boleh berada dalam kedalaman air maksium 6 meter selama 30 minit dengan standard IEC 60529.

Dalam pada itu, bagi siri iPhone 12 Mini pula, spesifikasinya sama seperti iPhone 12, tetapi apa yang membezakannya adalah saiz ukuran skrin.

Bagi iPhone 12 Mini, ia didatangkan dengan skrin bersaiz 5.4 inci.

Kedua-dua siri peranti pintar ini juga menyokong pengecasan berwayar 20W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Dalam pada itu, kedua-dua siri telefon pintar ini didatangkan dengan tiga kapasiti storan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB.

Bagi pilihan warna, kedua-duanya mempunyai lima pilihan warna iaitu hitam, putih, merah, hijau dan biru.

 

BERITA BERKAITAN