fbpx
Peserta, pemenang dan urusetia acara.

Mini Gathering penutup 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PROGRAM anjuran Silver State Kayak Fishing Club (SKFC) kali ini lebih kepada acara santai, manakala Pantai Ban Pecah pula merupakan lokasi kunjungan pemancing kerana mempunyai banyak rekod tangkapan ikan bersaiz baik.

Walaupun program kali ini lebih kepada untuk menghimpun ahli-ahli SKFC, namun pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah kepada ahli-ahli yang berjaya menaikkan ikan terberat.

Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga telah disediakan untuk peserta-peserta yang bertuah. Kesemua hadiah telah ditaja oleh TCE Tackles, Manjung Outdoors & Recreational Station (MORS) dan M.A. Garena (MAG).

Sekitar pukul 7 pagi, seramai 35 peserta telah mula mendaftar dengan membawa kayak ma­­sing-masing.

Penghulu Kanan Mukim Kuala Kurau iaitu Encik Mohamad Nazri Saidin turut hadir meraikan peserta-peserta program.

Pelepasan peserta telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Kerian iaitu Saidi Shaari yang turut menzahirkan rasa gembira atas pelaksanaan program ini yang dirasakan dapat memberi impak dan mempromosikan Pantai Ban Pecah umumnya.

Pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak mempunyai pelbagai fasiliti dan selesa untuk aktiviti berkayak.

Penutup tahun 2025
Pertandingan secara rasminya tamat pada pukul 12.30 tengah hari menandakan ia juga adalah penutup program SKFC bagi tahun 2025.

Sesi timbangan dan pemarkahan selesai sekitar pukul 1 petang dan diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta.

Pertandi­ngan memancing berkayak dijuarai oleh Asfirizal Mohd. Shafiai dengan tangkapan ikan kerapu seberat 1.945 kilogram (kg) diikuti tempat kedua, Mohd. Zamzuri Suaib dengan ikan kerapu seberat 1.900kg dan tempat ketiga dimenangi oleh Osman Wan Ghazali dengan tangkapan ikan kerapu seberat 0.870gram.

Untuk makluman, program kali ini merupakan kali kelima telah dijalankan oleh SKFC sepanjang tahun 2025.

Bagaimanapun, pihak jawatankuasa SKFC telah me­rancang dan akan melaksanakan pelbagai lagi program kayak pada tahun 2026.

Lebih membanggakan SKFC juga telah merangkul pemenang Anugerah Usahawan AURA Manjung 2025 bagi Kategori Persatuan, NGO dan Komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN