fbpx

Dua wanita Islam ditikam bertubi-tubi di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Dua wanita Islam ditikam ‘bertubi-tubi’ di bawah Menara Eiffel pada ketika ketegangan di kota Paris semakin meningkat susulan insiden kepala seorang guru dipenggal minggu lalu, lapor akhbar Daily Mail hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kenza, 49, dan Amel yang tidak didedahkan umur sebenar. Mereka ialah wanita warga Perancis yang mempunyai latar belakang Algeria.

Polis Perancis sudah menahan dua suspek wanita kulit putih dengan ‘keterampilan Eropah’ susulan kejadian serangan rasis dan mereka kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh, menurut pihak pendakwa.

Kenza ditikam enam kali dan didapati mengalami kecoboran pada paru-paru semasa dirawat di sebuah hospital. Satu pembedahan terpaksa dibuat pada tangan Amel, kata sumber siasatan.

Setakat ini, belum ada maklumat dikeluarkan berhubung serangan berdarah itu tetapi gambar yang dikongsi di media sosial mencetuskan kemarahan orang ramai.

Satu rakaman video menunjukkan jeritan ketika serangan dipercayai berlaku pada Ahad lalu dan polis mengesahkan kejadian berlaku malam hari sama.

“Pada 18 Oktober lalu, kira-kira 8 malam (waktu tempatan) beberapa anggota tiba selepas menerima panggilan kecemasan daripada dua wanita yang cedera akibat serangan pisau di Champs-de-Mars di Menara Eiffel,” menurut kenyataan polis Paris.

Sumber pejabat pendakwa raya Perancis hari ini mengesahkan satu siasatan berkait cubaan membunuh kini dibuka berkait kes tikam berkenaan.

Serangan dilaporkan berlaku selepas seorang guru, Samuel Paty berumur 47 tahun dipenggal kepala oleh seorang individu kerana menggunakan lakaran karikatur Nabi Muhammad pada sesi pengajaran di sebuah sekolah menengah.

Presiden Emmanuel Macron yang melabel penyerang Paty sebagai pengganas kini sibuk merangka satu rang undang-undang bagi menangani kumpulan radikal, pada ketika pihak berkuasa menuduh kumpulan itu bertentangan dengan nilai-nilai Perancis.

Bagaimanapun, lebih lima juta penduduk dan komuniti Islam menyatakan fenomena fobia terhadap Islam sebenarnya berpunca daripada satu usaha sekatan serta penutupan masjid-masjid termasuk pertubuhan orang Islam.

Beberapa menteri di Perancis bercadang menutup masjid di sekitar Paris pada Selasa lalu sebagai langkah membanteras kumpulan pelampau selepas Paty dibunuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI