fbpx

83 peratus kawasan gangguan pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Sebanyak 83 peratus atau 1,077 daripada 1,292 kawasan terjejas sudah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga pukul 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan hari ini berkata, sebanyak 215 kawasan lain bagaimanapun dalam proses pemulihan.

“Pemulihan bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya diikuti Kuala Selangor (99 peratus), Petaling (94 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus) dan Gombak (42 peratus).

“Manakala, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat masing-masing berada tahap 54 dan 50 peratus pulih,” katanya.

Ujarnya, usaha untuk memulihkan bekalan air kepada pengguna yang terjejas sedang dipergiatkan.

“Justeru, masa pemulihan sepenuhnya yang baharu untuk kesemua kawasan yang terjejas adalah dijangka pada jam 8 pagi esok,” katanya.

Air Selangor menasihatkan pengguna untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Kita berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Air bersih ini telah menjalani ujian kualiti dan mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan dan pematuhan tersebut turut disahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Bantuan bekalan alternatif dibpili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI