fbpx

Penghuni, kakitangan rumah warga emas jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seramai 79 penghuni dan 33 kakitangan pusat jagaan warga emas, Darul Hanan di Kepala Batas di sini menjalani ujian saringan Covid-19 ekoran lapan penghuninya disahkan positif baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman ketika dihubungi berkata, pihak Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan ke atas kesemua mereka dan ketika ini sedang menjalani ujian saringan kedua.

“Kita turut mengambil langkah berjaga-jaga serta mengetatkan laluan utama di pusat jagaan warga emas terbabit.

“Setakat ini, semua peralatan dan kelengkapan asas masih mencukupi, tetapi semua penghuni dan kakitangan tidak dibenarkan keluar masuk sehingga keadaan kembali reda,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelapan-lapan warga emas yang dijangkiti kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian bermula apabila seorang wanita warga emas berusia 69 tahun yang mendaftar masuk pada 12 Oktober lalu disahkan positif Covid-19.

“Tujuh individu yang dijangkiti adalah kontak rapatnya di pusat jagaan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan negeri, Dr. Norlela Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kesemua lapan kes terbabit adalah dari kluster Alma namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI