fbpx

Pasukan Moto2 dari Belanda risik Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berkemungkinan kekal bersaing pada MotoGP dalam kelas Moto2 selepas sebuah pasukan bersedia mendapatkan khidmat pelumba berusia 26 tahun tersebut.

PASUKAN Moto2 dari Belanda, NTS RW Racing GP mungkin menjadi salah satu pasukan ‘penyelamat’ karier pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Pasukan itu berkemung­kinan besar sedang me­ngadakan perbincangan serta rundingan bagi mendapatkan khidmat Hafizh memandang­kan mereka­ antara pasukan yang belum mengumumkan senarai pelumba­ setakat ini.

Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali berkata, senarai pasukan yang pernah dikemukakan kepada Hafizh sebelum ini kebanyakannya sudah membariskan pelumba masing-masing untuk musim depan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, hanya RW Racing GP satu-satunya pasukan yang disenaraikan masih belum me­ngumumkan barisan pelumba bagi saingan musim 2021.

“Sebenarnya, saya tidak pasti mengenai perkembangan Hafizh berhubung saingan musim depan. Saya juga tidak ada de­ngar mana-mana pasukan yang berbincang dengannya.

“Saya ada perkenalkan pasukan seperti Liqui Moly Intact GP dan Stop and Go Team kepada pengurusan Hafizh, namun pasukan-pasukan itu sudah mengumumkan senarai pelumba mereka.

“Walaupun begitu, masih ada satu lagi pasukan yang belum membuat keputusan berhubung senarai pelumba iaitu NTS RW Racing GP. Sementara itu, yang lain saya tidak pasti,” ujar Razlan.

Terdahulu, pelumba berusia 26 tahun itu tersingkir daripada perancangan pasukannya, Inde Aspar bagi saingan musim depan selepas pasukan berkenaan mengumumkan Albert Arenas sebagai pelumba kedua, bergandingan dengan Aron Canet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI