fbpx

Gadai nyawa rakam gambar di landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pasangan pengantin yang dirakam CCTV didakwa menggadai nyawa merakam gambar di landasan kereta api di London baru-baru ini. - SWNS

LONDON – Pasangan baru berkahwin sanggup menggadaikan nyawa mereka apabila mengadakan sesi fotografi di atas sebuah landasan kereta api di Britain baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah landasan kereta api di London baru-baru ini.

Ketua Bahagian Keselamatan Penumpang dan Awam, Allan Spence berkata, aksi bahaya yang dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) itu merupakan salah satu daripada 5,000 insiden pencerobohan landasan yang dilaporkan antara bulan Jun hingga September lalu.

“Merakam gambar perkahwinan atau swafoto di atas landasan kereta api adalah satu tindakan yang kurang bijak.

“Kami merayu kepada orang ramai supaya mematuhi segala peraturan keselamatan landasan dan mengingatkan kepada keluarga mereka supaya menjauhi kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Polis Pengangkutan Britain, Superintendan Alison Evans berkata, tindakan mengambil gambar di landasan adalah sangat bahaya tidak mengira keadaan sekeliling.

“Landasan kereta api bukan tempat yang sesuai atau selamat untuk mengambil gambar walaupun seindah mana pun pemandangannya.

“Setiap kali terdapat individu berkeliaran di landasan kereta api, mereka bukan sahaja membahayakan disi sendiri, malah boleh melambatkan perjalanan penting,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI