fbpx

178 kompaun kepada individu degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar ( tengah) sedang bertanya sesuatu kepada seorang pekerja kedai pakaian ketika meninjau pematuhan SOP di kedai itu, di Telok Pulai hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sebanyak 178 kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini bermula 9 Oktober hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kompaun itu dikeluarkan ketika pihak polis melakukan penguatkuasaan di kawasan tumpuan awam, kedai makan dan kedai runcit sepanjang PKPB Mukim Klang.

Menurutnya, kesalahan paling tinggi yang telah dikenalpasti kerana kegagalan memakai pelitup muka di kawasan tumpuan orang ramai.

“Kita dapati pemilik premis juga masih gagal menyediakan buku catitan nama dan aplikasi MySejahtera untuk rekod kemasukan pelanggan ke premis.

“Selain itu, pemilik premis makanan khususnya dikesan masih gagal melaksanakan penjarakan sosial kepada orang awam,” katanya kepada pemberita ketika meninjau pematuhan SOP di sekitar Telok Pulai di sini hari ini.

Beliau mengakui terdapat pelbagai alasan diberikan namun pihaknya tidak boleh berkompromi kerana jelas melanggar SOP digariskan kerajaan.

Jelas Shamsul Amar, kesemua kesalahan disiasat mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 8) 2020. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI