fbpx

162 kawasan telah terima bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sibuk mengambil bekalan air di pusat khidmat setempat Air Selangor di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang, sejak pagi tadi. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Sebanyak 162 daripada 1,292 kawasan yang terjejas akibat gangguan air tidak berjadual telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat pukul 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam kenyataan pagi tadi, jumlah itu mewakili 13 peratus dengan sebahagian kawasan yang telah menerima bekalan adalah di Petaling, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Selangor.

” Air Selangor telah mengerakkan sebanyak 121 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan terjejas.

“Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan kenyataan Air Selangor memaklumkan bekalan air kepada lebih 1.1 juta pemegang akaun di tujuh wilayah akan pulih sepenuhnya pada Jumaat ini.

Tujuh wilayah itu melibatkan Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI