fbpx

Tiga institusi perubatan swasta bantu proses sampel ujian saringan Covid-19 tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kewangan ll merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak tiga institusi perubatan swasta dilantik bagi membantu memproses sampel ujian saringan Covid-19 tertunggak di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya difahamkan mengenai perkara terbabit dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Saya dimaklumkan tiga hospital serta klinik swasta usdah dilantik bagi membantu menjalankan proses ujian sampel yang masih tertunggak.

“Kita melihat inisiatif suatu langkah terbaik bukan sahaja mempu menyelesaikan masalah ujian sampel tertunggak malahan turut mempercepatkan ujian saringan untuk sampel yang bahru.

“Oleh itu, saya andaikan dalam beberapa hari ini kita akan dapat gambaran tepat mengenai statistik harian selepas semua sampel tertunggak dapat diselesaikan,” katanya ketika Sidang Media Perkembangan Semasa Covid-19 Negeri Sabah hari ini.

Terdahulu, Masidi ketika sidang media sama semalam memaklumkan masih terdapat sebanyak 11,000 sampel Covid-19 masih belum melalui ujian pengesanan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau menyatakan jumlah berkenaan sudah menunjukkan pengurangan berikutan bilangan sampel terdahulu yang tertunggak adalah 18,000 selain memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah berjaya menjalankan ujian ke atas 7,000 sampel kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI