fbpx

Tiada gangguan bekalan makanan di Sabah sepanjang PKPB, PKPD – Masidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masidi (dua dari kanan) ketika Sidang Media Perkembangan Semasa Covid-19 Negeri Sabah di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Tiada sebarang gangguan bekalan makanan berlaku di negeri ini sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, situasi berkenaan menunjukkan tidak ada keperluan bagi rakyat Sabah membuat pembelian panik.

“Kerajaan negeri ingin memaklumkan Sabah mempunyai bekalan makanan yang mencukupi ketika ini.

“Oleh itu, kita menasihatkan rakyat supaya tidak berasa cemas malahan masih boleh keluar membeli barangan keperluan sekiranya memerlukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Perkembangan Semasa Covid-19 Negeri Sabah sebentar tadi.

Dalam sidang media sama, Masidi yang juga Menteri Kewangan ll Negeri turut memaklumkan sebanyak 57,329 bakul makanan sudah diagihkan kepada golongan sasar dan pengagihan juga masih terus berjalan.

Masidi berkata, kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan untuk meluaskan pemberian bantuan makanan sama kepada golongan lain yang memerlukan di seluruh negeri tetapi laporan dan pengumumannya akan dibuat kelak.

Beliau turut menyatakan semua kementerian di Sabah diminta menyediakan perincian prosedur operasi standard (SOP) masing-masing sebagai panduan ketika melaksanakan urusan seharian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, pemakluman berkaitan SOP bagi setiap kementerian akan dimaklumkan pada sesi sidang media berkaitan Covid-19 setiap hari.

Sementara itu, bercakap mengenai situasi harian kes Covid-19 di Sabah, Masidi memaklumkan terdapat sebanyak 643 kes dilaporkan hari ini.

“Bilangan kematian adalah tiga orang manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah adalah sebanyak 8,082 kes.

“Setakat hari ini, seramai 2,970 pesakit dilaporkan sudah sembuh selain seramai 5,048 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI