fbpx

36 motosikal rosak dalam kebakaran di UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian motosikal yang rentung dalam kebakaran di UniMAP

ARAU – Sebanyak 26 buah motosikal terbakar, manakala 10 lagi mengalami kerosakan kecil dalam kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi, kejadian itu berlaku pada pukul 4.42 pagi sebelum sebuah kereta peronda digerakkan ke lokasi.

“Api berjaya dipadamkan oleh bomba. Pemeriksaan mendapati sebanyak 26 buah motosikal terbakar, 10 lagi mengalami kerosakan kecil. Jumlah kenderaan terlibat adalah 36 buah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ahmad Mohsin, punca kebakaran masih belum diketahui dan pihaknya masih menunggu laporan forensik bomba. Pegawai penyiasat turut digerakkan ke tempat kejadian untuk siasatan.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota yang diketuai Komander Operasi, Megat Zairilnizam Ahmad dikerahkan ke lokasi.

“Semasa pihak bomba tiba, sebanyak 36 buah motosikal telah terbakar 90 peratus dan api berjaya dikawal pada pukul 3.13 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI