fbpx

Rakan baik suspek utama pembunuhan pesara polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan motosikal yang dinaiki Kim Chiang sebelum dia dilaporkan hilang dan ditemui mati dibunuh. FOTO RAJA JAAFAR ALI

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes pembunuhan melibatkan seorang pesara polis di Kluang yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai merupakan rakan baik yang telah lama dikenali mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 41 tahun di Kluang pada pukul 10 pagi, 16 Oktober lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca akibat pertengkaran semasa mangsa meminta suspek memulangkan wang yang telah diberi pinjam bagi urusan perniagaan.

“Suspek utama merupakan rakan baik yang sudah lama mengenali mangsa, namun berlaku pertengkaran membabitkan urusan pinjaman wang antara mangsa dan suspek.

“Mangsa dipercayai dibunuh di bahagian stor bengkel milik abang suspek utama sebelum dikebumikan di kebun kelapa sawit, 20 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

“Punca kematian kerana empat kesan kecederaan dibahagian kepala akibat hentakan objek tumpul,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan pesara polis dan bertugas di Bahagian Cawangan Khas sebelum ini dilaporkan hilang oleh anak lelakinya, Jacky Su Kai Lun pada 1 September lalu.

Kosmo! hari ini melaporkan pencarian sebuah keluarga berhubung kehilangan bapa mereka yang juga pesara koperal polis sejak 31 Ogos lalu berakhir apabila mayat mangsa ditemui kelmarin.

Mangsa, Su Kim Chiang, 57, yang juga seorang pekebun dijumpai dalam keadaan sudah mereput selepas mayatnya ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 26, Kahang di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI