fbpx

Al Ansar sasar jualan RM10 juta daripada promosi banglo akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD KHANAFI (kiri) bersama pemilik banglo yang menerima replika kunci di pejabat Al Ansar di Cyberjaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Al Ansar IBS PLT, pemaju perumahan yang menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam projek kediaman, mengunjurkan hasil sebanyak RM10 juta bagi Promosi Jualan Akhir Tahun Banglo IBS yang dianjurkan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, promosi yang bermula sejak 1 Oktober lalu dijangka dapat membangunkan sehingga 60 unit banglo pada tahun ini.

“Sejak dilancarkan kempen Tahun Bina Banglo IBS (TBBI 2020) pada Febuari lalu, prestasi jualan sangat memberangsangkan dan sehingga bulan September lalu, jualan telah mencecah RM8.4 juta melibatkan pembinaan sebanyak 54 unit banglo.

“Kesemua unit telah dise­rahkan kuncinya kepada pemilik.

“Berbaki lebih kurang tiga bulan daripada sekarang, kami percaya sasaran enam unit banglo lagi atau nilaian sebanyak RM1.6 juta akan berjaya dicapai hasil kerjasama semua pihak,” katanya dalam ke­­­n­ya­taan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Muhamad Khanafi mene­rangkan, bagi promosi jualan akhir tahun, pihaknya memperkenalkan unit banglo berkonsepkan Islamik apabila mengasingkan bilik air anak lelaki dan anak perempuan.

Jelasnya, lima rekaan baharu turut diperkenalkan dengan harga mampu milik apabila pelanggan menerima potongan harga sehingga 10 peratus daripada harga asal kepada setiap unit yang dipilih.

“Misalnya rekaan Alamanda mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air, rekaan Tulip dan Akasia mempunyai empat bilik tidur dengan tiga bilik air. Harga yang ditawarkan selepas diskaun antara RM175,000 hingga RM278,000 seunit,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI