fbpx

Tradisi beca perlu kekal di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (kanan) berbual bersama sebahagian pengayuh beca di Pasar Besar Siti Khatijah.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Tradisi perkhidmatan pengangkutan beca diharap terus kekal dalam memastikan produk pelancongan itu sentiasa menjadi tarikan utama khususnya di negeri ini

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, usaha yang dilakukan Tourism Malaysia Kelantan juga merupakan satu langkah terbaik supaya golongan penunggang beca tidak dilupakan.

Menurutnya, sehingga kini, hanya seramai 22 pengayuh beca di Kota Bharu melibatkan warga emas dan kebanyakan mereka memperoleh pendapatan yang tidak tetap.

“Di negeri ini, beca yang dikenali drebar teksi suatu ketika dahulu boleh juga menjana pendapatan lebih sekiranya membawa pelancong ke Hotel Perdana, Hotel Grand Renai dan Hotel Grand River View di sini.

“Menaiki beca merupakan satu nostalgia kepada pelancong apabila destinasi itu terletak tidak jauh dari pusat bandar malah pengangkutan itu juga tidak perlu dikayuh kerana sudah dilengkapi kemudahan bermotor,” katanya selepas meninjau keadaan pengayuh beca di Pasar Besar Siti Khatijah di sini hari ini.

Program santai selama satu jam itu merupakan ruang terbaik buat Mohamed Farid untuk bertanyakan situasi pengayuh beca pada masa ini.

Menurutnya, dalam pada itu, beliau juga menyeru golongan muda agar terlibat untuk mengayuh beca.

“Kita tidak mahu beca ini hilang begitu sahaja khususnya di negeri ini. Mengambil contoh seperti di negeri Melaka dan Pulau Pinang, ada golongan muda yang mengayuh beca untuk mencari rezeki.

“Perkhidmatan beca yang ada sekarang boleh ditingkatkan lagi dengan memasang lagu dikir barat atau muzik mengikut kesesuaian supaya dapat menarik pelancong,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI