fbpx

PKPD Penjara Alor Setar disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Penjara Alor Setar, Kedah disambung selama 14 hari lagi bermula esok sehingga 1 November depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan itu berikutan masih terdapat kes positif Covid-19 di kawasan itu selain permohonan daripada Majlis Keselamatan Negara Kedah.

“Pelaksanaan PKPD itu adalah bagi membendung jangkitan dan penularan wabak di dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

“Sehingga 17 Oktober 2020, terdapat 1,178 kes positif Covid-19 melibatkan 1,137 tahanan dan 41 kakitangan penjara telah direkodkan,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Tambahnya, pelanjutan PKPD turut membolehkan pemantauan dan saringan berterusan dibuat sekali gus memutuskan rantaian Covid-19 khususnya dalam kalangan kakitangan penjara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI