fbpx

Pengikut Instagram Neelofa naik mendadak selepas berpurdah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGIKUT Instagram Neelofa naik mendadak.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor kini menggungguli carta selebriti tempatan yang memiliki pengikut paling ramai di Malaysia.

Menurut tinjauan Kosmo! Online setakat pukul 10 pagi tadi, pengikut pengacara program bual bicara itu, Next To Neelofa itu naik mendadak selepas mengumumkan dirinya berpurdah Khamis lalu.

Pengikut Neelofa, 31, kini dibezakan lebih 22 ribu berbanding daripada pengikut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Neelofa memiliki pengikut seramai 7,960,163 manakala Siti (7,937,793).

Sebelum ini sekitar Ogos, Kosmo! pernah melaporkan, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin merupakan selebriti dengan jumlah pengikut Instagram paling ramai iaitu 7.8 juta. diikuti Neelofa (7.6 juta), Zizan Razak (7.4 juta) dan Nora Danish (7.1 juta). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI