fbpx
Kawasan pantai Batu Laut, Kuala Langat dilimpahi air pasang besar pagi tadi.

Empat kawasan Kuala langat dilimpahi air fenomena pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Fenomena air pasang yang berlaku pagi tadi mengakibatkan empat kawasan di sini dilimpahi air laut.

Kawasan tersebut termasuk Pantai Morib, Pantai Kelanang, Batu Laut dan Taman Harmoni.

Pegawai Penyelaras Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Miskon Karim berkata, fenomena tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi dengan air mula melimpah dan memenuhi pesisir pantai dan jalan raya di kawasan terlibat bermula pukul 5.17 pagi hingga 7.52 pagi.

Katanya, limpahan air tersebut mengakibatkan kerosakan tembok penahan ombak berhampiran medan selera di Jeti Tanjung Sepat.

“Limpahan air pasang kali ini turut menyebabkan kawasan perumahan di Taman Harmoni namun tiada melibatkan pemindahan mangsa.

“Pemantauan sedang dilakukan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku sehingga esok dengan ketinggian paling tinggi 5.8 meter dicatatkan pada hari ini. – K! ONLINE