fbpx

Ronaldo bakal disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dilaporkan sedang menjalani proses kuarantin di kediamannya di Turin tetapi pihak kesihatan negara itu meragui kebenaran yang diberikan kepadanya untuk memasuki Itali. – AFP

ROM – Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora percaya bintang Juventus, Cristiano Ronaldo mungkin telah melanggar protokol kawalan wabak Covid-19 apabila memasuki Itali dari Portugal.

Ronaldo terbang pulang ke Turin biarpun telah diuji positif koronavirus ketika bersama pa­sukan kebangsaan Portugal yang mengharungi saingan Liga Negara-­Negara Eropah sebelum ini.

“Saya fikir dia telah melakukan kesalahan tersebut sekira­nya tidak ada dokumen pelepasan daripada pihak yang bertanggungjawab,” jelas Spadafora.

Bagaimanapun, Juventus mempertahankan tindakan bintangnya itu apabila mengesahkan bahawa pesawat persendirian yang dinaiki Ronaldo telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan negara itu.

“Ronaldo kembali ke Itali menggunakan pesawat peribadi dan telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kesihatan dan dia akan menjalani kuarantin di kediamannya,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Juventus.

Ronaldo terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Portugal pada Rabu lalu dan kembali ke kediamannya di Itali.

Perkembangan itu menyaksikan kapten Portugal itu bakal terlepas aksi Serie A menentang Crotone dan saingan Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kiev.

Selain Ronaldo, rakan sepasukannya, Weston McKennie turut diuji positif koronavirus dan terpaksa menjalani kuarantin ken­diri selama 10 hari dan perlu mendapatkan dua hasil ujian negatif sebelum dibenarkan kembali menyertai pasukan itu.

Keseluruhan pasukan Juventus termasuk pemain dan staf menjalani proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini sebelum aksi menentang Crotone. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI