fbpx

12 sampel minyak empat kapal diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlin (dua, dari kanan) meninjau kerja-kerja operasi pembersihan Pantai Cermin, Batu 10, Port Dickson hari ini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan telah mengambil 12 sampel minyak daripada empat buah kapal yang berlabuh di Kuala Linggi pada tarikh yang dikhuatiri berlaku tumpahan minyak sehingga mencemarkan Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, pihaknya dengan kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Laut telah mengambil sampel daripada kapal-kapal tersebut dan kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Sebanyak 12 sampel minyak telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis dan mencari bukti suspek tumpahan insiden tumpahan minyak. Kami juga menggunakan data satelit untuk mengesan mana-mana kapal yang melalui laluan pada tarikh yang disyaki dalam usaha melengkapkan siasatan kami.

“Kami akan mencari bukti dan suspek serta mereka yang terbabit. Kami sedang menunggu keputusan sampel dalam masa terdekat dan kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang melepaskan minyak dengan sengaja atau tidak sengaja. Ia tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana menjejaskan sistem ekonomi,” katanya di sini tadi.

Katanya,  sebanyak 80 peratus kerja-kerja pembersihan pantai telah dilaksanakan yang memasuki hari kelima hari ini dengan pembabitan anggaran 250 anggota agensi awam dan swasta dari Melaka dan Negeri Sembilan.

“Kalau kita lihat Pantai Cermin ini sebanyak 80 peratus dan masih ada saki baki minyak dan terkini kami menggunakan ‘absorbent boom’ manakala di Tanjung Tuan pula 80 peratus sudah selesai yang melibatkan kawasan paya bakau.

“Untuk memastikan tiada lagi tumpahan minyak kami telah menjalankan pemantauan melalui Mariitm Malaysia yang membuat pemantauan di kawasan perairan berhampiran dan agar tiada lagi kapal yang mengambil peluang melepaskan minyak,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI