fbpx

UMK jalin kerjasama dengan Ain Biomass Industries

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Azizi Ismail (dua kanan) bersama Wan Ariff Wan Hamzah (dua kiri) menukar fail MoU yang ditandatangani mereka di UMK Bachok hari ini.

Oleh TOREK SULONG

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Ain BioMass Industries Sdn. Bhd. (Ain BioMass) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha memantapkan kerjasama melaksanakan projek keusahawanan sosial yang berimpak tinggi.

Memorandum yang dimeterai di UMK Kampus Bachok di sini turut menggabungkan kerjasama empat penjuru antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Ain Biomass Industries Sdn. Bhd. dan masyarakat di Jeli.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Noor Azizi Ismail, berkata Teraju telah memberi kepercayaan memilih UMK melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) sebagai rakan strategik dengan peruntukan geran bernilai RM2.3 juta untuk tempoh lima tahun.

Menurutnya, kerjasama yang dimeterai itu akan menjadi penanda aras yang baharu kepada UMK yang menerima geran terbesar untuk tindakan menggerakkan program penyelidikan.

“Projek ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wan Mohd. Faizal Wan Ishak manakala barisan penyelidik terdiri daripada Dr. Mazlan Mohamed, Mohd. Aswawi Isa, Prof. Madya Dr. Najmi Masri dan Aliffah Adnan.

“Pemilihan barisan penyelidik adalah berlandaskan inovasi dan keupayaan projek dalam membantu peningkatan pendapatan peserta dikalangan komuniti setempat,” katanya ketika selepas majlis MoU di UMK hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Dr. Noor Azizi mewakili UMK dan Pengarah Ain Biomass Industries Sdn. Bhd., Datuk Wan Ariff Wan Hamzah.

Menurut Dr. Noor Azizi, projek antara UMK dan Ain BioMass akan memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak serta masyarakat iaitu menerusi Projek Ain Ayer Asli, Kapal Maritim, Kelapa, Bamboo Heritage, Black Soldier Fly, Taman Kelip-Kelip, Tenaga Solar dan Pusat Latihan dan Asas Keselamatan Maritim.

Katanya, UMK sebagai sebuah universiti keusahawanan komited untuk meneroka kerjasama dengan pihak industri berdasarkan sumber dan pembangunan penyelidikan.

“Projek seperti ini menjadi teras utama dalam memastikan UMK sentiasa membangunkan dan berfungsi kepada masyarakat selaras dengan misi kemasyarakatan UMK for Society.

“Selain itu, projek ini juga menekankan elemen kemasyarakatan apabila ia membuka peluang kepada penduduk setempat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40), masyarakat Orang Asli di Jeli dan Dabong bagi meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI