fbpx

Jakim kini badan pensijilan halal berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim kini diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia apabila memperoleh kelulusan akreditasi ISO/IEC 17065 : 2012.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia apabila memperoleh kelulusan akreditasi ISO/IEC 17065 : 2012.

Pengiktiran itu membolehkan agensi itu menjadi rujukan halal dari seluruh dunia sekali gus memperkukuhkan lagi Malaysia selaku peneraju kepada badan pensijilan halal global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau akui gembira dengan pengiktirafan itu khususnya di atas pencapaian diperoleh Bahagian Pengurusan Halal, Jakim.

“Melalui akreditasi ini, ia membolehkan Jakim dikenali sebagai badan pensijilan halal yang memenuhi semua keperluan, piawaian dan perundangan bertaraf dunia yang ditetapkan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO).

“Pencapaian ini akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pelopor badan pensijilan halal global,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, ia juga membuka kemungkinan dan peluang yang lebih besar bagi produk yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk melangkah lebih jauh ke seluruh dunia.

Zulkifli berkata, beliau juga berharap ia dapat menarik lebih banyak pengusaha produk di luar sana untuk mendapatkan sijil halal ini.

Jakim memperoleh memperoleh akreditasi ISO/IEC 17065: 2012 (Penilaian Kesesuaian – Keperluan untuk badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan) selepas menjalani pengauditan akhir pada 10 Oktober lalu oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI