fbpx

Labah-labah besar sembunyi dalam fon kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Labah-labah besar berwarna kelabu bersembunyi di dalam fon telinga seorang lelaki. - DAILY STAR

CANBERRA – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati seekor labah-labah besar bersembunyi di dalam fon telinga miliknya selepas terasa geli ketika memakai alat itu di Perth, Australia baru-baru ini.

Menurut laman berita Daily Star, lelaki itu, Olly Hurst menyedari kehadiran haiwan tersebut ketika hendak memakai fon telinga berkenaan di tempat kerja.

Aksi Hurst cuba mengeluarkan labah-labah berkenaan turut dirakam dan dimuat naik dalam laman sosial Facebook.

Rakaman video tersebut menunjukkan terdapat seekor labah-labah berwarna keperang-perangan bersembunyi di dalam pelapik fon telinga berkenaan.

“Inilah punca telinga saya terasa geli selama ini. Nakal betul labah-labah ini.

“Ia tidak mahu keluar, mungkin labah-labah ini suka duduk di dalam fon telinga,” katanya dalam video berkenaan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Facebook yang turut terkejut dengan insiden berkenaan.

“Tinggalkan fon telinga itu di situ dan lari sekuat hati. Menakutkan betul,” tulis seorang pengguna.

“Saya akan membakar fon telinga itu dan sanggup membeli yang baharu,” kata seorang lagi pengguna.

Sementara itu, haiwan yang dikenali sebagai labah-labah pemburu berkenaan adalah berbisa, namun tidak membawa maut kepada manusia sebaliknya boleh menyebabkan sakit kepala, muntah dan rasa berdebar apabila terkena bisanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI