fbpx

‘Kalau saya rakyat pun, dah jijik dengan politik’ – Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (tengah) mencuba “Virtual Reality” (VR) ketika melawat galeri pada Majlis Perasmian Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi di Kompleks Al-Falak Khawarizmi, Tanjung Bidara. - Foto oleh RASUL AZLI SAMAD

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

ALOR GAJAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengakui kemelut politik yang berlaku ketika ini akan menyebabkan rakyat bertambah muak.

Menurut beliau, hubungan antara parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya dijaga dengan baik bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.

Sulaiman berkata, isu politik atau peralihan kuasa tidak wajar berkumandang buat masa ini ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Saya nak sampaikan (agar) henti pasal politik, janganlah politik 24 jam kerana banyak perkara nak diselesaikan dan apabila sampai masanya (Pilihan Raya Umum) kelak kita hadapinya.

“Buat masa ini hubungan yang ada kita jaga baik-baik. Kalau saya rakyat pun dah jijik dengan politik ini, Covid-19 libatkan politik, esok kalau dia sakit perut pun dia cakap ini politik punya hal,” katanya selepas merasmikan Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara hari ini.

Isnin lalu, UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan itu timbul selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pagi Isnin.

Sementara itu, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu menegaskan kerajaan negeri pimpinannya masih berjalan seperti biasa sehingga hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI