fbpx

Polis buru dua individu bergaduh di Pandan Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada klip video menunjukkan lelaki berkenaan memukul wanita terbabit.

KUALA LUMPUR – Polis memburu dua individu seorang lelaki dan wanita berhubung kes tular pergaduhan di Jalan Pandan Jaya 2, berhadapan dengan Restoran Pandan Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd. Azam Ismail berkata, ia susulan laporan dibuat oleh Ketua Polis Balai Pandan Indah hari ini pada pukul 12.30 tengah hari selepas beliau melihat klip rakaman video yang tular berdurasi 16 saat di Facebook.

Katanya, dalam klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki merupakan suspek kejadian didapati memukul wanita terbabit di tengah jalan raya.

“Hasil daripada siasatan mendapati kawasan kejadian merupakan tempat awan dan sehingga kini tiada saksi tampil ke balai untuk memberikan keterangan.

“Dipercayai mangsa dan suspek mempunyai hubungan keluarga. Usaha mengesan kedua-dua individu terbabit masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan, Seksyen 18(a) Akta Keganasan Rumah Tangga serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI