fbpx

Kerajaan negeri terkejut, hantar cadangan kepada MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes baharu Covid-19 mengikut negeri.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor bermula Rabu ini mengejutkan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

Katanya, daerah itu diperolehi susulan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) dan lain-lain agensi berhubung pelaksanaan PKPB di daerah Petaling.

“Secara konsensus kerajaan negeri melihat ada beberapa cadangan-cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada MKN untuk dipertimbangkan.

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Amirudin menegaskan kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula.

“Kerajaan negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar bersama berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kita juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 27 Oktober depan.

Pelaksanaan PKPB itu selepas mengambil kira peningkatan dan penularan kes Covid-19 yang berlaku seperti di Klang dan di Gombak serta dearah-daerah lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI