fbpx

870 kg bunga kering tanpa permit dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
bunga kering kekwa yang dirampas MAQIS Selangor selepas dibawa masuk tanpa permit import sah di Pelabuhan Klang Utara, di sini, Khamis lalu.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyita sebuah kontena yang membawa 870 kilogram (kg) bunga kering tanpa permit di pintu masuk Pelabuhan Klang Utara, di sini Khamis lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 2 petang itu bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan pihak berkuasa tersebut.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan menemui dua jenis bunga kering iaitu bunga lili dan kekwa yang diimport dari negara China.

Katanya, bunga kering dipercayai untuk perusahaan minuman dan makanan di pasaran tempatan.

“Hasil siasatan mendapati syarikat yang membawa masuk bunga kering tidak mempunyai permit import sah daripada MAQIS.

“Keseluruhan rampasan itu masing-masing 700 kg untuk bunga lili dan selebihnya 170kg bunga kekwa dengan dianggarkan bernilai RM26,587.43,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika di sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Jelas Tarmisal, pihaknya akan sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang di laksanakan bagi kesemua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini.

“Perkara ini penting kerana untuk memastikan jaminan setiap keluaran pertanian yang dibawa masuk ke negara ini tiada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI