fbpx

2,300 banduan Penjara Reman selesai saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan KKM yang bertugas dalam saringan Covid-19 di Penjara Reman Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Kesemua banduan iaitu kira-kira 2,300 orang di Penjara Reman Pulau Pinang telah selesai menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail berkata, pada masa ini pihaknya masih menunggu keputusan ujian saringan itu daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sehingga kini, 18 banduan disahkan positif Covid-19 dan semua mereka yang berusia 25 hingga 65 tahun dalam keadaan stabil.

“Kesemua kontak rapat mereka yang positif Covid-19 juga sedang dikuarantin dan berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kluster Penjara Reman membabitkan Penjara Reman Pulau Pinang merupakan antara kluster baharu yang dikenalpasti oleh KKM.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Kluster Penjara Reman mula dikesan pada seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 85 tahun minggu lalu yang juga kes kematian ke-141. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI