fbpx

Semua Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan penuh kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesemua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah tidak berasas dan bersifat rekaan semata-mata.

“Beliau (Anwar Ibrahim) seorang ahli politik yang mementingkan diri dan sanggup meletakkan cita-cita peribadi ingin menjadi Perdana Menteri melampaui segalanya sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.

“Dakwaan tersebut juga menambahkan kebimbangan rakyat ketika ini yang amat bergantung kepada usaha kerajaan dalam mengekang gelombang ketiga penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Hamzah menyeru rakyat untuk menghiraukan dakwaan Anwar dan terus memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI