fbpx

Polis cari suspek “pancing” tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASJID Fathur Rahman mencari sasaran suspek pencuri tabung masjid.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Polis negeri ini sedang menjejaki seorang individu yang tergamak “memancing” duit sumbangan tabung Masjid Fathur Rahman, di Pengkalan Rama dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek dipercayai berjaya melarikan sejumlah duit selepas memancing tabung besi berkenaan menggunakan wayar aluminium.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan menerusi kawalan kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut mendapati suspek berjaya mengeluarkan beberapa helai duit kertas dari tabung berkenaan.

“Laporan telah dibuat oleh siak masjid selepas beliau mendapati pintu gelongsor masjid renggang dan terdapat kesan umpil sebelum memeriksa CCTV.

“Suspek dipercayai telah pecah masuk ke dalam kawasan masjid dengan memanjat tembok tepi dan mengambil duit di dalam tabung besi secara mengailnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, suspek berjaya memancing wang sumbangan jemaah kira-kira RM40 menggunakan wayar aluminium yang disimpan di masjid itu untuk kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan.

Afzanizar berkata, pihaknya kini sedang menjejaki suspek berdasarkan maklumat CCTV masjid berkenaan dan penduduk sekitar.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI