fbpx

Penganggur dipercayai pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis heroin dan pil Yaba yang dirampas dalam serbuan di Felda Kerteh 5 pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di Dungun hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Hasrat seorang penggangur mendapat duit mudah dengan mengedar dadah tidak kesampaian apabila dia diberkas polis di Felda Kerteh 5 dekat sini pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia ditahan bersama dadah dipercayai heroin dan pil Yaba yang dianggarkan bernilai RM45,000 di sebuah rumah pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemeriksaan di dalam premis itu menjumpai 50 botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dan 1,600 pil disyaki dadah jenis pil Yaba.

“Siasatan awal mempercayai suspek baru mendapat bekalan dadah berkenaan untuk diedarkan bagi pasaran daerah ini.

“Kita percaya dadah jenis heroin itu djual pada harga RM700 sebotol manakala sebiji pil Yaba pula berharga RM10,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, ujian air kencing mendapati suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes dadah positif dadah jenis Methaphitamine.

Menurut beliau, lelaki itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI